Tuesday, March 3, 2009

Dekje nok bernikoh..hohoho

Belum pun sempat kitorang nak buat picnic, si dekje ni plak da sampai "seru". Auw, nak kawen da dia...hehe. 8hb mac 2009 ni akan jadi hari paling bersejarah dalam hidup pasangan pengantin ni. So sesape yang mengenali mereka, harapnya dapat la memeriahkan lagi suasana pada hari pernikahan tersebut. Buat group VMC, kitorang plan untuk berkonvoi ke majlis "menyambut menantu" di rumah pengantin lelaki pada 14hb mac nanti. So, korang sila-sila kan la melapangkan diri pada hari tersebut. Dapat berkat kalau p kenduri2 kawin ni. Manela tau kot2 nak ringan jodoh...bole pasang dua..hihohiho :p

Kesimpulannya, p jangan x p..makan free beb..
adios.

Friday, February 27, 2009

VMC picnic

Vmc akan mengadakan picnic sempena menyambut tahun gawat 2009..untuk mengurangkan kos,dan kesunyian dari aktiviti2..so terciptalah idea perkelahan ini...diharapkan semua berjalan dengan lancar dan sempurna...

Tuesday, February 17, 2009

Trip to bentong

Pada jam 8.10am (agak2 la) sebanyak 5 buah kereta geng2 vmc yg berkumpul di pulau serai, pekan bergerak menuju ke destinasi yg telah dirancangkan. Mengikut plan asal, destinasi pertama kami adalah Air terjun Chamang, Bentong. Namun atas beberapa kesilapan teknikal, kami mengubah haluan menuju ke destinasi kedua diikuti destinasi pertama. Tempat yg dimaksudkan ialah Kolam Air Panas Bentong.
at Kolam Air Panas, Bentong

Tengah gawat2 ni pun VMC leh p rewang2 lagi. sempat posing kat air terjun chamang...hehe.

Lokasi air terjun ni boleh tahan best jugak la. Cuma kawasan untuk berenang2 tu terhad disebabkan terlalu banyak batu2 besar. Walau apapun, kitorang tetap santai kat sana. Mandi-manda, jungle walk, kena gigit pacat, makan kacang + minum air laici dalam air, bergambar, posing, dan macam2 la. Pendek kata konvoi kali ini berjalan lancar tanpa sebarang musibah yang besar.